Sunday, November 15, 2009

2012





salam kawan2...
kali ni saya nk post dlm bahasa plak...dengan sedikit rojak2... maklumla.. kempen 1 malaysia... bahasa kena jadik 1 gak la.. walaupun rojak2 pasembor skit
so.. sapa2 rasa dia power sgt bi dan tak reti baca bahasa... sila blah sekarang juga...

Filem yg menjadi mangsa review kali ni ialah 2012 yg hangat mcm goreng pisang emas... Honestly, boleh dikatakan ak ada bnyk expectation la utk movie ni... maklumla.. satu lg keluaran hollywood pasal kiamat dunia.... rasanya mat salleh mmg suka kot dunia nk kiamat ni... lgpun diorang kan suka buat benda jahat2 akhir zaman ni...

Warning.. stat perenggan ni ada spoiler alert.... nk dijadikan crite... tahun 2010, government amerika dapat tahu kerak bumi akan jadi tak stabil sbb akan matahari akan tembak partikel neutrino mutan yg sampai kat teras bumi. Efeknya sampai kat kerak bumi dan destabilize kerak bumi ni.. resultnya... satu dunia hancur... sbb gempa bumi, letusan gnung brapi, tsunami dan lain lain.... jadi time G8 summit, presiden amerika jumpa ngn pemimpin dunia lain utk diskas cmn nk panjangkan umur manusia2 lain ni.... hasilnya, satu plan dibuat utk hasilkan beberapa bijik kapal yg besar cam nak haram utk menampung seberapa bnyk mungkin manusia dari kemusnahan dunia... tp cukup utk 450,000 penumpang ja.. dan tiket utk nek kapal ni hargenya 1 bilion euro sorang... benda ni dirahsiakan dari pengetahuan awam kecuali segelintir orang... Heronya plak ialah seorang ayah kepada 2 org anak struggle utk selamatkan keluarga dari event ni dan cuba utk nek kapal besar ni secara free...

Sebelum event kehancuran tu, 1 jam pertama filem tu agak solid.... basically, filem tunjuk crita dari dua persepektif... dari view point kakitangan government dan dari life ayah kepada 2 org anak td... government jmp hint2 dunia nk kiamat dan cmn diorang prepare utk event tu... cita hero lak .. dia bwk anak2 g camping ke yellowstone national park dan jmp hint2 dunia nk hancur gak.......

bila stat je babak2 kehancuran secara besar-besaran... hampeh...., CGI mmg lawa... cara dia tunjuk bangunan bandar, rumah, transpot2 hancur mmg nampak real dan bergaya.. tapi bab hero menyelamatkan diri dari event tu mmg menipu penonton bulat2... ada ala2 war of the world, tapi lebih menipu dan tak real.. imagine la....

Gempa bumi stat-->tanah merekah--->rumah hero dekat2 nk runtuh--->hero dan keluarga nyaris2 survive

naik kapal terbang--> kapal terbang fly ke arah bangunan tinggi yg meruntuh-->nyaris2 lepas bangunan-->nyaris2 survive

hero jatuhke dlm gaung rekahan tanah-->tapi dapat juga panjat balik-->nyaris2 dapat survive



agak2nya kebarangkalian hero untuk hidup sama dengan menang loteri sport toto 8D sebanyak 5 kali berturut-turut... melihat babak camni.. membuat ak rasa mentaliti ak direndahkan ke tahap cipan yang otaknya belum develop lagi...

Dari segi lakonan lak.. boleh dikatakan cukup2 makan r... tapi babak dunia hancur memberi peluang yg sedikit kepada watak2 utk develop dgn lebih mendalam....jadi... resultnya...kita tak rasa rapat sangat dengan karektor2 tersebut... lantak dia la mati jatuh gaung ke... mati tersepit, mati katak ke...

so, konklusinya... kalau korang boleh lupakan realism, buat2 bodo terhadap benda tak logik,suka letupan, benda2 hancur dan minat geologi ala2 hollywood ... movie ni mmg utk korang.. jangan lupa kencing puas2 sebelum ke wayang sebab durasi filem selama 2 jam 45 minit cukup utk buat pundi kencing korang rasa nk meletup.. sekian

2 comments: